top of page
Writer's picturezurithsafety

Kenali jenis-jenis papan tanda keselamatan.

Papan tanda keselamatan boleh dilihat di pelbagai tempat samada di kawasan yang berbahaya, kawasan awam, jalan raya dan lain-lain. Namun perlu diberi perhatian bahawa setiap warna dan bentuk yang digunakan pada papan tanda keselamatan tersebut mempunyai maksudnya tersendiri.



1. Bulatan dengan bar pepenjuru (MERAH kontas PUTIH).


Papan tanda ini membawa maksud larangan. Apa-apa jenis perbuatan yang terdapat dalam papan tanda ini adalah dilarang sama sekali untuk dilakukan di kawasan yang telah ditetapkan. Contoh di atas membawa maksud kawasan tersebut tidak dibenarkan sama sekali untuk merokok.



2. Bulatan (BIRU kontras PUTIH).


Warna biru bermaksud mandatori. Ianya adalah satu arahan yang seseorang itu wajib patuhi jika ingin berada dalam kawasan tersebut dan bagi sesiapa yang gagal mengikuti papan tanda tersebut mereka boleh dihalang atau dikeluarkan dari kawasan tersebut. Contoh di atas membawa maksud jika tidak memakai alat pelindung mata, mereka tidak akan dibenarkan memasuki kawasan tersebut.





3. Segi tiga sama sisi (KUNING kontras HITAM).


Sekiranya papan tanda ini didapati berhampiran dengan kita maka tindakan penuh berhati-hati perlu dilakukan kerana ia membawa maksud amaran dan jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku dan lebih teruk membawa kepada kematian. Seperti contoh di atas sekiranya tidak berhati-hati semasa mengendalikan peralatan tersebut maka ianya boleh menyebabkan kebakaran.





4. Segi empat sama sisi / segi empat tepat (HIJAU kontras PUTIH).


Papan tanda ini memberikan seseorang itu maklumat. Kebiasaannya maklumat yang ingin disampaikan adalah melibatkan dengan keselamatan seseorang. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingin maka papan tanda ini akan membantu untuk memberi maklumat kepada pihak yang sedang berada dalam situasi merbahaya.




5. Segi empat sama sisi/ segi empat tepat (MERAH kontras PUTIH).


Papan tanda ini adalah papan tanda keselamatan api. Segala hal yang berada dalam papan tanda berwarna merah ini berkait dengan keselamatan api. Sekiranya berlakunya kebakaran yang kecil maka kita boleh mencari peralatan keselamatan api berdekatan dengan papan tanda berwarna merah. Dengan adanya papan tanda ini kita dapat mencegah api dari terus merebak, dapat menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran dan pelbagai lagi.













11,906 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page