Kenapa Peralatan Rumah anda Tidak Dilindungi?
Adakah Ia Satu Pembaziran?
Jika anda sanggup keluarkan duit untuk membeli tv mahal, microwave yang hebat, hiasan-hiasan yang gempak atau sebagainya, kenapa anda tiada peruntukan bagi sediakan alat pencegah kebakaran seperti alat pemadam api, smoke detector atau sebagainya??
Penghuni rumah yang ada di Malaysia kini kebanyakannya lebih gemar memilih vakum pembersih, mesin basuh, TV, sofa, kabinet dapur, peti sejuk yang berharga ratusan ringgit dan kadang-kadang ianya mencecah ribuan ringgit tetapi mereka terlepas pandang atau saja buat-buat tak pandang untuk melengkapkan asas pencegahan kebakaran dengan peruntukan hanya RM100-RM300 sahaja.
Kenapa Perkara ini terjadi?
Kita perlu seiring dalam membuat sebarang pembelian supaya segala-galanya boleh dikawal pada peringkat awal. Elakkan kejadian yang buruk menimpa keluarga serta harta benda dan ia perlukan peralatan yang betul. Trust me, ia akan diperlukan apabila tiba masanya nanti.
Jika anda tidak kasihan kepada alatan tersebut, jika boleh kasihanilah pada ahli keluarga anda. Sayangkan keluarga bukan?? Dimanakah tindakan anda?
Itu yang menjadi persoalannya sekarang.
Comments