top of page
Writer's picturezurithsafety

MELECUR DAN KAEDAH RAWATANNYA



Peringkat-peringkat melecur akibat dari kebakaran dan Kaedah Rawatan Awal


Apa yang dimaksudkan dengan terbakar dan melecur??

Terbakar :

TERBAKAR ialah suatu kecederaan pada tisu kulit dan lain-lain tisu badan disebabkan terkena oleh api yang menyala, bahan api (flame), haba atau objek-objek panas, haba sejuk, bahan kimia, radiasi atau arus elektrik berkuasa tinggi.


Melecur :

MELECUR ialah kecederaan disebabkan oleh haba lembab, seperti air mendidih wap atau minyak panas.



Kecederaan ini diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu :




  1. Tahap Satu – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja. Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit.

  2. Tahap Dua – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit, menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan.

  3. Tahap Tiga – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit, juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

Tanda/Gejala


Tahap Satu

  • Hanya melibatkan lapisan paling luar kulit (epidermis).

  • Menyebabkan kulit menjadi merah.

  • Permukaan kulit kering.

  • Tiada pembentukan lepuh (blister).

  • Menggelupas lapisan luar kulit (epidermis).

  • Kebengkakan pada bahagian terlibat mungkin akan muncul.

  • Mangsa/pesakit akan berasa sakit dibahagian yang terlibat.

  • Mangsa/pesakit akan berasa sakit apabila bahagian terlibat disentuh

Tahap Dua

  • Melibatkan lapisan bawah kulit (epidermis & dermis).

  • Bahagian terbakar menjadi warna putih atau merah ceri.

  • Bahagian luka menjadi lembap.

  • Pembentukan lepuh (blister).

  • Mangsa / pesakit merasakan sakit yang kuat

Tahap Tiga

  • Melibatkan lapisan kulit sehingga ke derma & lapisan lemak.

  • Bahagian yang tercedera menjadi kering.

  • Luka mungkin mengalami pendarahan.

  • Bahagian tercedera menjadi warna kelabu atau hitam.

  • Mangsa / Pesakit merasa sedikit sakit atau tidak merasa sakit, akibat dari kerosakan saraf.




Rawatan

Rawatan segera menggunakan konsep 3B & 3C

  1. Burn stop– hentikan pembakaran, jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan memaksa untuk buka baju. Alihkan objek panas dari mangsa.

  2. Breathing maintain – pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek menghalang pernafasan.

  3. Body examine – periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat.

  4. Cool– sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air.

  5. Cover – tutup bahagian yang terbakar dengan kain bersih.

  6. Carry – bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.


6,189 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page