KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR
Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
KEBERSIHAN DAPUR
Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau di atas ruangan aktiviti memasak.
Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.
Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.
CEGAH KEBAKARAN
Makanan yang dimasak dalam "microwave" menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Bukakan penutup dengan cermat.
Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar pada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.
KESELAMATAN LITAR ELEKTRIK DI DAPUR
Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa.
Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.
Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik.
Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.
Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.
#sayangimalaysia #fireextinguisher #thebestfireextinguishermalaysiasupplierinmalaysia #fireextinguisher #thebestsuppliersfireextinguishermalaysia #fireextinguisher #fireextinguishersmalaysia #firecompetentmalaysia #fireextinguisher #alatpemadamapimalaysia #fireextinguisher #portablefireextinguishers #fireextinguisher #fireextinguishersequipment #fireextinguisher
Comments